Seorang
doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa
keajaiban yang
ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan
tersebut,
sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang
doktor
neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara
Islam
dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan
Melalui Al-Quran". Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan
ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-quran.
Diantara
kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji
hitam (blackseed)
dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk
Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian
urat
saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak
dimasuki
oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang
cukup untuk
berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa,
akhirnya
beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam
otak
manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa
mengerjakan
sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa
sukatan yang
tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat
tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah
keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan
sembahyang,
maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk
berfungsi
secara normal.Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya
adalah untuk
menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya
memang
telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah
ini.Kesimpulannya:
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah
lagi yang
tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi dengan secara
normal
tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan
pertimbangan
dalam membuat keputusan yang normal.Jesteru itu, tidak hairanlah jika
manusia
ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang
bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal mereka
mengetahui bahawa
perbuatan yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak
mereka.
Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk
mempertimbangkan
akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak
hairanlah
timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.
Dari itu,
marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di
atas.Ambillah
Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.
atas.Ambillah
Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.
0 komentar:
Posting Komentar